BM | EN | 中文

PERUBAHAN EKOSISTEM PUNCA IKAN MATI DI PANTAI LIDO

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Kejadian penemuan ikan yang mati terdampar di Pantai Lido, di sini, pada 27 Ogos lepas, bukan berpunca daripada pelepasan efluen dari sumber industri mahu pun kumbahan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon.

Bagaimanapun berdasarkan bacaan in-situ di lokasi kejadian oleh JAS mendapati, perubahan ekosistem berlaku di perairan tersebut.

Siasatan turut membabitkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan Jabatan Perikanan Daerah Johor Bahru yang menganalisis sampel air dari perairan berkenaan dan pihak polis.

Advertisement

“Siasatan awal JAS berdasarkan bacaan in-situ air di lokasi kejadian mendapati perairan berkenaan (pantai) bebas daripada sebarang efluen yang dilepaskan dari sumber industtri atau kumbahan.

“Sebaliknya, bacaan in-situ daripada JAS disimpulkan sebagai merujuk kepada perubahan ekosistem yang berlaku di perairan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tan berkata bacaan parameter in-situ bagi Kadar Oksigen Terlarut bagi kesesuaian hidupan laut adalah 5.0 mg/l (milligram setiap liter) berbanding kadar DO sebenar yang dicatatkan di perairan Pantai Lido kira-kira 3.6 mg/l.

Advertisement

Bernama terdahulu melaporkan, dapatan itu menjadi kesimpulan yang dirujuk oleh pihak JAS sebagai perubahan ekosistem di perairan berkenaan, yang menjadi punca kepada kejadian ikan mati, katanya.

Tan berkata beliau telah meminta JAS agar terus memantau kualiti air di perairan berkenaan dan mengambil tindakan pembetulan bagi memastikan kejadian seumpama tidak berulang.

Dalam masa sama, beliau berkata peranan Jabatan Perikanan Malaysia juga diperlukan bagi melengkapi usaha JAS dalam mendepani perubahan ekosistem di perairan itu untuk jangka masa panjang.

Advertisement

Isu penemuan ikan mati itu menjadi tular selepas seorang pengguna Facebook memuatnaik gambar kejadian ke akaunnya sebelum dikongsi orang ramai.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Pantai Lido, berhadapan Hospital Sultanah Aminah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top