BM | EN | 中文

Pertukaran portfolio tiga Exco tidak jejas pentadbiran kerajaan negeri

DSC_6881-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Penstrukturan semula portfolio melibatkan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri berkuat kuasa semalam tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, penstrukturan semula itu dibuat berdasarkan keperluan dan selari dengan keadaan semasa.

“Saya yakin penstrukturan semula ini tidak menjejaskan pentadbiran negeri, termasuklah penganjuran Tahun Melawat Johor 2020 dan Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020.

Advertisement

“Penstrukturan ini juga bukan satu langkah yang luar biasa kerana ia hanya melibatkan pertukaran portfolio dan tiada pengguguran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa menghadiri majlis Minum Petang Bersama Petugas Media yang diadakan di Sangkar Kristal, di sini hari ini.

Semalam, kerajaan negeri memaklumkan pertukaran portfolio tiga exco iaitu ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan; ADUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Advertisement

Aminolhuda, yang sebelum ini merupakan Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi kini memegang portfolio Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia.

Mohd Khuzzan yang merupakan Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan sebelum ini, kini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.

Sementara itu, Sheikh Umar yang merupakan Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi kini memegang portfolio Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sains dan Teknologi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top