BM | EN | 中文

PERTUBUHAN SUKARELA PERLU KERJASAMA DENGAN AGENSI, BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN

kementerian-pembangunan-wanita.jpg
Advertisement

KLUANG, 15 SEPT : Pertubuhan sukarela kebajikan merupakan salah satu kumpulan sasar oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertubuhan-pertubuhan ini disediakan peruntukan untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan bagi mendekati golongan masyarakat yang memerlukan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut menyediakan bantuan khas Perbendaharaan untuk diagihkan kepada badan bukan kerajaan (NGO).

Advertisement

“Ia bertujuan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Teks ucapan Wan Azizah dibacakan Setiausaha Politiknya, Datuk Romli  Ishak yang menjadi wakil rasmi sempena Karnival Hari Amal Antarabangsa Kluang 2019 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, semalam.

Karnival berkenaan merupakan satu sambutan dalam meraikan sambutan Hari Amal Antarabangsa (International Day of Charity) yang disambut pada 5 September setiap tahun di seluruh dunia.

Advertisement

Jelas Wan Azizah lagi, program seperti ini adalah signifikan kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan, menyumbang dana serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kebajikan.

Dalam pada itu, Adun Mengkibol Chew Chong Sin berharap agar panduan garis kemiskinan yang digunakan di negara ini dapat dikaji semula.

“Garis kemiskinan yang sedia ada menjadikan ramai keluarga miskin bandar tidak dapat dibantu oleh pihak kerajaan walaupun hidup di dalam kemiskinan.

Advertisement

“Hal ini kerana mereka terkeluar daripada panduan garis kemiskinan yang digunapakai oleh pihak kerajaan terutamanya JKM,” katanya.

Ujarnya lagi, selaku seorang Adun di kawasan Mengkibol yang terdiri daripada kawasan bandar, kampung dan juga termasuk beberapa kawasan perladangan, beliau dapat melihat adanya perbezaan yang ketara dalam komuniti masyarakat kita dari segi pendapatan dan gaya hidup.

“Paras kemiskinan yang digunakan pada hari ini yang mana pendapatan perkapita dibawah RM250 dan RM140 sebagai miskin dan miskin tegar dilihat sebagai tidak tepat jika dibandingkan dengan kadar gaji minimum dan juga harga pasaran barangan keperluan semasa,” katanya lagi.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top