BM | EN | 中文

Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Kluang mahu siasatan dilakukan ekoran kematian tapir betina

tapir.jpg

Tapir betina dewasa yang mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Padang Tembak Kluang beberapa hari yang lalu.

Advertisement

KLUANG, 22 JAN : Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Kluang telah membuat satu laporan meminta unit berkaitan untuk menyiasat kes seekor tapir betina dewasa yang mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Padang Tembak Kluang beberapa hari yang lalu.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, laporan berkenaan adalah bertujuan penguatkuasaan perlindungan dan pengawalan aktiviti yang boleh menjejaskan kehidupan haiwan itu.

Katanya, sebelum ini pada Ogos 2019 kesan tapak kaki tapir telah ditemui oleh ahli-ahli pertubuhan berkenaan di Gunung Lambak.

Advertisement

Menurutnya, mereka mula menjejaki laluannya dan merancang untuk memasang kamera inframerah untuk mengumpul data dan maklumat kehidupan haiwan berkenaan bagi tujuan pendidikan ekologi.

“Melalui kerja-kerja mengesan kewujudannya, agak menyedihkan sekali apabila mereka menemui, seekor tapir betina dewasa telah mati dilanggar kenderaan di Jalan Padang Tembak Kluang beberapa hari yang lalu.

“Terdapat maklumat bahawa sekumpulan peminat sukan motor lasak melakukan aktiviti motocross racing haram di Gunung Lambak.

Advertisement

“Mereka membuat bunyi yang bising sehingga menyebabkan kehidupan haiwan-haiwan di hutan berkenaan terganggu dan melarikan dan meninggalkan habitat asal untuk mencari tempat yang lebih selamat dari gangguan manusia,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, untuk maklumat, hanya Tapir Malayan Jantan yang akan meninggalkan habitatnya untuk tujuan mengawan.

Jelasnya, seperti yang sedia maklum, tapir mempunyai penglihatan yang sangat lemah, dan insiden tapir dilanggar kenderaan itu telah berlaku kurang dari satu kilometer dari Gunung Lambak.

Advertisement

“Justeru itu, kami menyeru pengguna kenderaan yang melalui di kawasan sekitar Gunung Lambak supaya berhati-hati,untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku membabitkan haiwan berkenaan,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top