BM | EN | 中文

Pertubuhan Minda Sejahtera JB serah sumbangan kepada veteran tentera, golongan memerlukan

Pertubuhan-Minda-Sejahtera-MindseT-Norhayati-Bidin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Pertubuhan Minda Sejahtera (MindseT) Johor Bahru melalui timbalan pengerusinya, Norhayati Bidin mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan golongan yang memerlukan di sekitar kawasan parlimen Tebrau.

Dalam satu majlis ringkas dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semalam, sebanyak 30 bakul makanan disumbangkan kepada veteran tentera, keluarga mereka serta golongan yang memerlukan.

Menurut Norhayati, bakul makanan yang terdiri daripada barangan keperluan harian itu disampaikan melalui sumbangan Ahli Dewan Negara, Senator Aiman Athirah Al-Jundi.

Advertisement

“Kita telah pun mendapat sejumlah dana untuk disampaikan kepada rakyat seluruh Malaysia.

“Melalui pertubuhan ini, kita mengambil inisiatif berjumpa dengan veteran ATM,” kata Norhayati sambil menjelaskan, serahan bantuan dilakukan selepas mendapat makluman dari akarumbi persatuan MindseT.

Ujarnya, selain sumbangan barangan, objektif MindseT adalah untuk membantu masyarakat dengan tumpuan kepada sektor pendidikan.

Advertisement

“Ia bagi menambah keupayaan supaya mereka bukan sahaja melihat dari (sudut) pertolongan, tetapi mereka berupaya melihat lebih kepada pendidikan.

“Sepanjang tempoh (pandemik) Covid-19, kita banyak membuat program-program online, tetapi dalam persekitaran yang masih kecil.

“Jadi kita cuba ‘reach out’, ataupun kita cuba menyampaikan (pertolongan) kepada kumpulan-kumpulan ataupun persatuan-persatuan penduduk yang lebih ramai,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan di Kampung Oren, Ulu Tiram.

Advertisement

Selain itu, program serahan bantuan turut diadakan pekan Ulu Tiram dan balai raya Tabika Kemas, Taman Bukit Jaya, disini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung penduduk terjejas, agar dapat menyalurkan maklumat kepada persatuan MindseT agar proses penyaluran bantuan dapat dilakukan segera.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top