SEGAMAT, 29 DIS: Melalui penyiapan Pusat Hemodialisis Muhibbah Segamat Cawangan Jementah, pesakit buah pinggang di kawasan ini tidak perlu ke bandar Segamat atau Labis bagi mendapatkan rawatan.
Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata demikian pada upacara majlis pecah tanah bagi pembinaan bangunan Pertubuhan Hemodialisis Muhibbah daerah Segamat, semalam.
Menurutnya, pertubuhan itu mengolah selangkah lagi ke hadapan dengan menubuhkan sebuah lagi pusat rawatan hemodialisis di Jementah.
“Sebagai wakil kepada penduduk-penduduk setempat di Jementah, saya merakamkan setinggi-tingginya perhargaan dan syabas kepada pertubuhan ini.
“Bangunan yang bakal siap ini akan memudahkan para pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan hemodialisis tanpa perlu pergi ke Bandar Segamat atau Labis.
“Syabas saya ucapkan kepada Pertubuhan Hemodialisis Muhibbah Segamat atas usaha murni berkenaan,” kata Tan.
Hadir sama pada majlis tersebut, Dr Lee Boon Chai, Timbalan Menteri Kesihatan yang hadir bagi merasmikan upacara pecah tanah pusat tersebut.
Johorkini