BM | EN | 中文

PERTARUNGAN DUA ‘GERGASI’, PH ADA KELEBIHAN BERBANDING BN

IMG-20191103-WA0066.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 3 NOV : Meskipun terdapat enam calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, namun pertarungan sebenar hanya melibatkan dua ‘gergasi’ politik iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Advertisement

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, ini kerana empat calon lain dilihat bukan pilihan kepada penduduk Tanjung Piai untuk diangkat sebagai wakil rakyat.

Malah, katanya, penyertaan empat calon tersebut tidak akan memecahkan undi terhadap calon PH dan BN.

“Saya jangkakan empat calon lain itu akan hilang deposit. Hanya ada dua pilihan yang boleh memberi manfaat kepada pengundi iaitu PH dan BN.

Advertisement

“Jika pengundi memilih PH, itu maknanya mereka masih mahu beri peluang kepada kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan.

“Tetapi jika kemenangan milik BN, itu boleh dianggap sebagai signal pengundi kepada PH untuk lebih peka dengan janji mereka untuk selesaikan masalah rakyat,” katanya kepada JohorKini.

Dalam pada itu, Rusdi berpendapat, calon PH, Karmaine Sardini mempunyai kelebihan untuk menang berbanding calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Advertisement

“Kelebihan Karmaine ialah kerusi Tanjung Piai ini sudah dimenangi PH dalam PRU14. Sumbangan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik memberi impak besar kepada masyarakat.

“Mungkin ramai tak puas hati dari segi umur calon tetapi itu bukan faktor penghalang. Apa yang lebih penting ialah isu-isu setempat dapat diselesaikan,” katanya.

Selain itu, beliau juga menjangkakan undi orang Melayu yang menyokong UMNO dan Pas sebelum ini akan beralih kepada Karmaine.

Advertisement

“Sebelum ini, UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional telah memainkan sentimen Melayu dan Islam. Namun, meletakkan calon MCA dalam PRK Tanjung Piai amat kontradiksi dengan apa yang dicanangkan UMNO dan Pas.

“Kita tidak menafikan kehebatan calon MCA, tetapi sentimen Melayu Islam yang dimainkan UMNO dan Pas akan memakan diri BN. Jadi tidak mustahil undi orang Melayu akan berpihak kepada calon PH,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top