BM | EN | 中文

Pertanyaan menteri dan jawab lisan oleh ahli parlimen dari Johor 23 Julai

parlimen-malaysia.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari kelapan, hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan kepada menteri dan bagi jawab lisan hari kelapan persidangan (23 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.

Advertisement

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Soalan ke-2:
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran, tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu (personal media) yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Advertisement

Soalan ke-2:
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah projek naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang bagi semua fasa dapat disiapkan.

Soalan ke-7:
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan 10 langkah utama yang telah dibuat untuk membina ‘bangsa usahawan’ serta nyatakan data bagi menunjukkan hasil kejayaan. Adakah Kementerian bercadang untuk bersama Kementerian Pendidikan bagi memulakan subjek keusahawanan bermula di tingkatan 1 hingga 6 agar ratusan ribu keluaran SPM/STPM setiap tahun boleh menjadi usahawan jika tidak berpeluang ke institusi pengajian tinggi.

Soalan ke-12: Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan tindakan yang telah dan bakal diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh pihak industri sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Simpang Renggam ditutup.

Advertisement

Soalan ke-51:
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah dan nama taman industri di setiap negeri di Malaysia. Adakah taman industri yang dibina di setiap negeri perlu mengikuti satu Prosedur Operasi Standard untuk memastikan infrastruktur berkualiti untuk pelabur.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top