BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan oleh ahli parlimen dari Johor

26_parlimen_johor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JUL: Persidangan Dewan Rakyat membuka tirainya hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Rakyat Johor yang mengundi mereka pada mana-mana pilihanraya perlu membiasakan diri untuk menyemak peranan wakil rakyat masing-masing, sama ada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Advertisement

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari pertama sidang (13 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor, sama ada dari Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH).

Soalan ke-13:
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkahlangkah untuk menstabilkan dan menaikkan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, lada hitam, koko, kayu, kenaf dan sago. Apakah cabarancabaran utama yang dihadapi dan senaraikan langkah bantuan kepada pekebun kecil bagi membantu mengatasi cabaran itu.

Soalan ke-19:
Tuan Pang Hok Liong (Labis) minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah efektif yang perlu segera diambil untuk mengatasi masalah kekurangan jurubahasa Cina di mahkamah-mahkamah seluruh negara memandangkan masalah ini pernah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini pada tahun 2001.

Advertisement

Soalan ke-21:
Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan bersedia untuk mewujudkan Institut Hal-Ehwal Parlimen (Institute of Parliamentary Affairs) untuk melatih Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara berkenaan pemahaman Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Persekutuan/Negeri.

Soalan ke-23:
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan Kerajaan dalam usaha penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen dan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

Soalan ke-45.
Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan memulihkan semula autonomi Parlimen dengan membentangkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen seperti yang dijanjikan oleh pentadbiran yang lepas.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top