BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan oleh ahli parlimen dari Johor di Dewan Rakyat 27 Ogos

parlimen-malaysia-dewan-rakyat.jpg

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ke-25, iaitu hari terakhir bagi sesi kali ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut merupakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ke-25 persidangan (27 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-2
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan pelupusan harga siling beras tempatan dan penetapan harga siling beras import.

Soalan ke-4
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pemohon yang telah berjaya menebus e-Tunai RM50 sehingga 30 Jun 2020.

Soalan ke-12
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan dalam merancakkan pemulihan sektor penerbangan yang terjejas teruk pasca COVID-19.

Soalan ke-25
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah akan diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang 4 perkara iaitu 1MDB, Tabung Haji, FELDA dan MARA.

Adakah Kerajaan bercadang untuk membentang RUU mengenai dana/derma politik dan RUU mengenai perlu dibatalkan kemenangan mana-mana parti politik jika manifesto pilihan raya tidak dipenuhi dalam masa yang tertentu selepas sesuatu PRU.

Soalan ke-26
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan masih komited membawa mereka yang bertanggungjawab menyebabkan negara kita kehilangan berbilion ringgit akibat skandal 1MDB ke muka keadilan berserta dengan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai matlamat ini.

Soalan ke-27
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah langkah berkesan telah diambil untuk menghalang pengganas menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dan perincian jumlah tahanan telah dibuat oleh pihak berkuasa dan negara asalnya setakat 31 Mei 2020; dan

(b) bilakah Kerajaan akan mengkaji semula ‘free visa travel agreements’ dengan negara Timur Tengah dan Afrika atau dasar keperluan visa imigresen memandangkan ramai pengganas masuk Malaysia dari negara Timur Tengah dan Afrika yang tidak memerlukan visa.

Soalan ke-29
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan inisiatif Malaysia@Work berjumlah RM6.5 bilion yang telah dibentang Kerajaan pada Belanjawan 2020 akan diteruskan seperti yang telah dirancang terutamanya kepada golongan belia.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top