KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ke-24 hari ini.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.
Berikut merupakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ke-24 persidangan (26 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
Soalan ke-16
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah hasil yang diperoleh daripada Program GENIUS Negara dan bagaimanakah hala tuju kanak-kanak ini setelah 10 tahun program ini dilaksanakan.
Soalan ke-20
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) kadar peratusan penembusan rangkaian fiber optik di Johor Bahru dan Johor; dan
(b) apakah perancangan Kerajaan untuk meningkatkan akses rangkaian fiber optik dan internet berkelajuan tinggi di seluruh negara.
Soalan ke-35
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mekanisme yang akan diambil kepada sekolah bantuan modal yang masih serba kekurangan dalam pelbagai aspek khususnya yang melibatkan infrastruktur dan kelengkapan sekolah.
Soalan ke-40
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan unjuran dan pengambilan IPG 2020 untuk Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT mengikut mata pelajaran.
Soalan ke-42
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan menyemak semula yuran pengajian di IPTA oleh kerana kebanyakan pelajar tidak tinggal di dalam kampus dan menggunakan fasiliti berkaitan.
Soalan ke-44
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan data terperinci pembelajaran online di seluruh negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan mencakupi peratusan capaian oleh murid, guru, jumlah pelajar terlibat, jumlah pelajar yang terkesan dengan isu kekurangan ‘hardware’ dan masalah mendapatkan talian internet serta apakah perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.
Johorkini