BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan oleh ahli parlimen dari Johor di Dewan Rakyat 25 Ogos

PARLIMEN-MALAYSIA.jpg

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ke-23 hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut merupakan pertanyaan menteri dan bagi jawab lisan hari ke-23 persidangan (25 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Soalan ke-2
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan inisiatif-inisiatif dan rancangan-rancangan Kementerian baharu ini untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-16
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan program mewajibkan anggota polis lulus ujian indeks jisim badan (BMI) dan ujian kesihatan sebagai syarat kenaikan pangkat telah pun dilancarkan oleh PDRM kerana masalah obesiti akan menjejaskan imej pasukan polis negara:-

(a) kenapa sejumlah melebihi 10,000 pegawai dan anggota polis masih dikategorikan gemuk atau obes; dan

(b) apa ketinggian dan berat ideal wajib pada anggota polis.

Soalan ke-39
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Jerebu Merentas Sempadan ke Parlimen pada tahun ini sebelum musim kering dan berikan garis masa untuk RUU ini dibentangkan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top