BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan oleh ahli parlimen dari Johor di Dewan Rakyat 24 Ogos

parlimen-malaysia-1.jpg

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ke-22 hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut merupakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ke-22 persidangan (24 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-10
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kementerian telah memastikan setiap seorang Jemaah Menterinya menerima, menghormati dan mendukung semangatsemangat Rukun Negara dan sama ada beliau bersedia untuk membuang mana-mana Menteri yang tidak menjunjung semangat Rukun Negara.

Soalan ke-15
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan secara terperinci jangkaan manfaat yang akan dibawa oleh penubuhan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) kepada syarikat permulaan dan usahawan teknologi tinggi.

Soalan ke-25
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah negara yang telah mengiktiraf Kerajaan Perikatan Nasional dan senaraikan nama negara-negara berkenaan.

Soalan ke-29
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah tarikh yang pasti pembinaan Hospital Pasir
Gudang akan dimulakan.

Soalan ke-30
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mewajibkan setiap ahli-ahli Parlimen untuk membuat pengisytiharan harta secara terbuka termasuk butiran mengenai pendapatan, perbelanjaan dan aset-aset.

Soalan ke-41
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan menjelaskan apakah rancangan-rancangan pemulihan ekonomi yang dilakukan oleh Kerajaan untuk memperbaiki ekonomi Malaysia yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19.

UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan:
24.08.2020 (Isnin)

Ahli Yang Berucap:
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Sri Gading)

Tajuk Ucapan:
“Status Pusat Pelupusan Sampah Bukit Payong”

Menteri Yang Bertanggungjawab:
YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top