BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan oleh ahli parlimen dari Johor di Dewan Rakyat 18 Ogos

parlimen-malaysia-dewan-rakyat-1.jpg

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ke-21 hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut merupakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ke-21 persidangan (18 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-14
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah rancangan pihak Kementerian untuk memulakan pendidikan percuma di universiti awam (UA) bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dan golongan asnaf. Bagaimanakah dengan perancangan ini membolehkan pihak Kementerian memperluaskan pendidikan percuma di UA kepada golongan B40 dan kemudiannya kepada semua penuntut yang lain.

Soalan ke-21
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah inisiatif ‘Single Window Single Offer’ yang dilancarkan pada tahun ini berjaya mencapai objektif mengelak pertindihan tawaran kemasukan ke matrikulasi, Asasi serta Institut Pendidikan Guru dan adakah dasar ini akan diteruskan mengambil kira Kementerian telah dipecah dua.

Soalan ke-23
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan secara terperinci berkenaan isu pemberian tender jalur komunikasi 5G tanpa proses tender melalui arahan menteri bertarikh 15 Mei 2020 yang kemudiannya dibatalkan semula

Soalan ke-28
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada pengenalan tulisan jawi akan diteruskan dalam buku teks baharu darjah 5 untuk SK dan SJK.

Soalan ke-34
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini projek pembangunan Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (BRT) di Johor dan bilakah tarikh dijangka akan mula dibina serta beroperasi.

Soalan ke-39
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah tawaran dan pengambilan pelajar mengikut kaum dan aliran mata pelajaran untuk seluruh negara bagi pengambilan matrikulasi 2020/2021.

Soalan ke-47
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi menggantikan kerugian wang RM1.25 bilion berkaitan penyelewengan dana 1MDB seperti dalam kes mahkamah yang mellibatkan Riza Aziz memandangkan hanya RM465.3 juta yang dipulangkan.

UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan:
18.08.2020 (Selasa)

Ahli Yang Berucap:
YB Puan Teo Nie Ching (Kulai)

Tajuk Ucapan:
“Peruntukan Utiliti Untuk Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)”

Menteri Yang Bertanggungjawab:
YB Menteri Pendidikan

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top