BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan oleh ahli parlimen dari Johor di Dewan Rakyat 17 Ogos

bangunan-parlimen-Malaysia.jpg

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari kedua puluh hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut merupakan pertanyaan bagi jawab lisan hari kedua puluh persidangan (17 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-6
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan membentangkan rancangan bagi memberi pemahaman dan pengetahuan perihal demokrasi dan kenegaraan kepada belia yang bakal menjadi pengundi terutamanya pengundi yang akan mencecah umur 18 tahun.

Soalan ke-8
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan ‘Sandard Operating Prosedure’ (SOP) yang digunakan untuk permohonan pemastautin tetap Malaysia kerana terdapat banyak permohonan yang ditolak tanpa menyatakan sebab penolakan.

Soalan ke-10
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) jumlah nilai yang dijana oleh industri jualan langsung (direct sales) di negara ini setahun; dan

(b) apakah langkah diambil untuk mengawal industri jualan langsung memandangkan industri jualan langsung yang tidak etika pesat membangun (mushrooming) yang mencetus pelbagai masalah pengguna yang berulang-ulang dan pengguna tidak menjadi mangsa tipu helah penjual dan jumlah syarikat jualan langsung yang telah diarah tutup oleh pihak berkuasa dan alasannya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top