BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan oleh ahli-ahli parlimen dari Johor 27 Julai

26_parlimen_johor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 JUL: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari kesembilan, hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan kepada menteri dan bagi jawab lisan hari kesembilan persidangan (27 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.

Advertisement

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-33
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah status terkini usaha pihak Kementerian dalam memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan menggantikannya dengan satu akta yang lebih baik dan komprehensif.

Soalan ke-40
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan Impak COVID-19 terhadap industri pertanian :-

Advertisement

(a) nilai impak (dalam RM) bagi setiap sektor ; dan

(b) berapakah bilangan pengusaha tani skala kecil/sederhana yang terkesan daripada pandemik ini dan apakah pelan Kementerian bagi membantu mereka menghadapi kemelut ekonomi ini.

Soalan ke-52
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan data dan statistik berkaitan kes isu jenayah penipuan siber sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Advertisement

Soalan ke-53
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pendirian sebenar Kementerian tentang pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Soalan ke-54
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah yang diambil Kementerian bagi membangunkan liputan dan kesalinghubungan yang lebih efektif, meluas dan menyentuh semua golongan masyarakat.

Soalan ke-57
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan rancangan siber Kerajaan terutamanya dalam menangani masalah berita palsu yang terus-menerus memburukkan hubungan di antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita berserta dengan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya.

Advertisement

Soalan ke-63
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan butiran berkenaan Geran Automasi Pintar sejumlah
RM100 juta di bawah PENJANA seperti berikut :-

(a) sama ada geran ini sama dengan geran automasi pintar yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020; dan

(b) sekiranya dua geran adalah projek yang sama, jelaskan kenapa peruntukan dikurangkan untuk projek tersebut.

Advertisement

Soalan ke-66
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai semua aset alih dan tidak alih yang telah
dijual kepada entiti asing atau tempatan termasuk Khazanah merentasi semua Kementerian dan agensi serta nilai penjualannya, sama ada dibuat secara runding terus atau terbuka oleh Kerajaan PH. Nyatakan pula jumlah aset terkini Kerajaan ini dan pecahkan nilainya kepada bangunan, tanah, ekuiti, bon, sukuk dan lain-lain bentuk aset merentas semua Kementerian dan negeri-negeri yang ada.

Soalan ke-67
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan SJKC Poay Chai, Johor samada KPM telah meluluskan Jawatankuasa Pembinaan Sementara SJKC Poay Chai untuk menukar brif projek daripada 36 bilik darjah kepada 48 bilik darjah dan samada Kerajaan akan membayar kos pembinaan.

Soalan ke-69
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai ahli Parlimen yang telah dilantik memegang jawatan GLC, agensi suruhanjaya, yayasan atau lembaga secara terperinci. Ini termasuk dengan implikasi kewangan, emolumen serta kemudahan yang diterima oleh setiap seorang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top