BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan dan ucapan ahli parlimen Johor di Dewan Rakyat 4 Ogos

parlimen-malaysia-tugu.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ketiga belas hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dan ucapan hari ketiga belas persidangan (4 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

Advertisement

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-2
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak dan sekiranya tidak, sama ada pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.

Soalan ke-5
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan 10 perancangan utama secara terperinci untuk meningkatkan pendapatan Bumiputera serta menambahkan bilangan masyarakat kelas menengah merentasi pelbagai kaum. Apakah contoh-contoh perancangan RMKe-12 yang akan mengukuhkan ekonomi Bumiputera.

Advertisement

Soalan ke-35
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan untuk menghalang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat daripada melompat parti dan untuk memelihara integriti, moral dan kesetiaannya, bilakah Kerajaan akan menggubal undang-undang anti-lompat parti bagi memastikan wakil rakyat yang keluar parti perlu mengosongkan kerusi yang dimenanginya secara automatik.

Soalan ke-50
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah golongan pelarian dan pemohon suaka atau pelarian yang berdaftar dengan UNHCR dalam tahanan imigresen.

UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )

Advertisement

Tarikh Ucapan:
04.08.2020 (Selasa)

Ahli Yang Berucap:
YB Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau)

Tajuk Ucapan:
“Persediaan Klinik Ulu Tiram Baru Di Bandar Cemerlang Untuk Menampung Permintaan Bilangan Pesakit Di DUN Tiram, Parlimen Tebrau”

Advertisement

Menteri Yang Bertanggungjawab:
YB Menteri Kesihatan

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top