BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan dan ucapan ahli parlimen Johor di Dewan Rakyat 3 Ogos

parlimen-malaysia-dewan-rakyat.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari kedua belas pagi ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan kepada menteri bagi jawab lisan dan ucapan bagi hari kedua belas persidangan (3 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

Advertisement

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-8
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah murid berkeperluan khas, jumlah guru pendidikan khas dan rancangan untuk menambah bilangan guru pendidikan khas.

Soalan ke-25
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan untuk memberi penjelasan berkenaan pelantikan anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria sebagai pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang baru.

Advertisement

Soalan ke-38
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah dan inisiatif Kementerian dalam memastikan rakyat berhak mendapat maklumat dan berita yang tidak berat sebelah dengan kebebasan media.

Soalan ke-48
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status bantuan bayaran utiliti tambahan yang juga merangkumi pembentungan sebanyak RM12 juta kepada sekolah bantuan Kerajaan.

Soalan ke-49
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status terkini pencapaian Jawatankuasa Kabinet
Pemerkasaan TVET dan adakah Kementerian ini akan diberi kepercayaan menerajui usaha bersepadu rentas Kementerian.

Advertisement

Soalan ke-50
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah dan usaha yang pihak Kementerian Pendidikan telah dan bakal laksanakan dalam menjayakan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dalam sektor pendidikan khususnya dalam konteks Wawasan Kemakmuran Bersama yang diperkenalkan oleh Kerajaan sebelum ini.

Soalan ke-51
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan menjelaskan apakah langkah-langkah pelaburan strategik yang telah diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memastikan setiap tahun KWSP boleh memberi dividen yang tinggi melebihi 6% kepada para pencarum yang terdiri daripada kaum pekerja.

Soalan ke-54
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan secara terperinci langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan sebanyak mungkin PKS yang terlibat dengan inisiatif pendigitalan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Advertisement

Soalan ke-60
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai GLC dan GLIC di mana lantikan politik telah dibuat sejak 2 Mac 2020 dan bagaimana lantikan ini akan membantu keberkesanan dan profesionalisme badan-badan ini

UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan:
03.08.2020 (Isnin)

Advertisement

Ahli Yang Berucap:
YB Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau)

Tajuk Ucapan:
“Masalah Penempatan Perumahan Sementara Di Atas Tanah Rizab Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB)”

Menteri Yang Bertanggungjawab:
YB Menteri Pengangkutan

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top