BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan dan ucapan ahli parlimen Johor di Dewan Rakyat 12 Ogos

dewan-rakyat-parlimen-malaysia-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari kelapan belas hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut merupakan pertanyaan bagi jawab lisan dan ucapan hari kelapan belas persidangan (12 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

Advertisement

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-11
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah pemilikan tanah mengikut kaum untuk setiap 14 negeri di Malaysia serta bahagikan mengikut kategori bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar. Nyatakan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu di setiap 14 negeri serta adakah Kementerian bercadang untuk menambah tanah Rizab Melayu itu.

Soalan ke-16
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan rancangan bagi memastikan internet jalur lebar di negeri Sabah, Sarawak dan kawasan-kawasan di luar bandar besar seperti di Muar dapat dipertingkatkan bagi menjamin kemudahan pendidikan dan perniagaan, sekali gus dapat merancakkan pelaburan di sesebuah tempat.

Advertisement

Soalan ke-25
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memberikan komitmen serta membentangkan rancangan untuk mengharamkan perkahwinan di bawah umur bagi memastikan eksploitasi kanak-kanak dapat dibendung.

Soalan ke-36
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Projek Keretapi Rapid Transit System (RTS) dari Johor Bahru ke Singapura akan dimulakan.

Soalan ke-40
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah aduan diterima Suruhanjaya Tenaga berkenaan isu bil elektrik tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Adakah TNB telah melanggar Minimum Standard Level (MSL) dalam penyediaan bil yang melebihi satu bulan dan apakah tindakan untuk setiap kes aduan.

Advertisement

UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan:
12.08.2020 (Rabu)

Ahli Yang Berucap:
YB Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau)

Advertisement

Tajuk Ucapan:
“Pembuangan Sampah Secara Haram Berleluasa Khususnya Dalam Kawasan Parlimen Tebrau”

Menteri Yang Bertanggungjawab:
YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top