BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan ahli parlimen dari Johor untuk 14 Julai

26_parlimen_johor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 JUL: Persidangan Dewan Rakyat membuka tirainya semalam dan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari kedua persidangan (14 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.

Soalan ke-18:
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk melindungi sungai-sungai kita daripada pencemaran akibat pembuangan haram sampah sarap serta sisa pepejal dan juga air kumbahan yang tidak dirawat.

Advertisement

Soalan ke-22:
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status permohonan menaik taraf Balai Polis Simpang Renggam kepada IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) susulan berlaku pertambahan penduduk ketara sejak beberapa tahun ini.

Soalan ke-41:
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jaminan berkenaan program Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 akan diteruskan semula terutamanya selepas wabak pandemik COVID-19 reda dan berakhir.

Soalan ke-44:
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan adakah Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar telah melakukan pemantauan berkala terhadap kilang pelupusan sisa elektronik yang dipercayai telah menyumbang kepada pencemaran udara di kawasan Simpang Renggam.

Advertisement

Soalan ke-59:
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan krisis COVID-19 sejak bulan Mac 2020. Adakah Kementerian menyediakan apa-apa bantuan untuk mereka yang tiada pekerjaan atau dipotong gaji.

Soalan ke-61:
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pencapaian Program Subsidi Upah seperti berikut :-

(a) jumlah permohonan syarikat dan pekerja yang menerima manfaat; dan

Advertisement

(b) berapa peratus peruntukan untuk program ini telah dibelanjakan.

Soalan ke-62:
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan 10 perancangan utama untuk mengatasi pengangguran di kalangan belia dan setakat manakah kejayaannya. Berapakah data terkini mengikut negeri pengangguran belia dan apakah sebab utama ia berlaku selain isu COVID-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top