BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan ahli parlimen dari Johor di Dewan Rakyat 6 Ogos

dewan-rakyat-parlimen-Malaysia.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari kelima belas hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari kelima belas persidangan (6 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

Advertisement

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-6
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) jumlah nilai wang kertas bank atau nota bank (bank notes) telah dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Negara atau dalam rekod Bank Negara setakat akhir tahun 2019; dan

Advertisement

(b) jumlah nilai wang kertas atau nota bank dalam pasaran atau terapung di pasaran dan dalam simpanan di negara ini.

Soalan ke-16
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat ini. Daripada itu, berapakah mereka yang layak menerima bantuan secara ‘one-off ’ sebanyak RM300.

Soalan ke-25
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memberi kebebasan kepada pesawah memilih input penanaman padi mereka.

Advertisement

Soalan ke-28
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada KPM telah menerima laporan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung peperiksaan itu. Sekiranya tidak, bila Menteri Pendidikan akan berjumpa dengan PPDUEC.

Soalan ke-32
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan menerangkan sekiranya kontrak 1Bestarinet akan disambung walaupun ianya telah menyebabkan kerugian beratusan juta Ringgit Malaysia ke atas Kementerian Pendidikan.

Soalan ke-37
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada Majlis Media Malaysia (MMM) mempunyai kuasa untuk ambil tindakan terhadap media yang tidak mematuhi kod etika atau prinsip kewartawanan seperti menerbitkan berita palsu.

Advertisement

UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan:
06.08.2020 (Selasa)

Ahli Yang Berucap:
YB Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam)

Advertisement

Tajuk Ucapan:
“Kelewatan Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Sungai Besi Dan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Semenyih”

Menteri Yang Bertanggungjawab:
YB Menteri Pendidikan

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top