BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan ahli parlimen dari Johor di Dewan Rakyat 5 Ogos

dewan-rakyat-malaysia-parlimen.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari keempat belas hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari keempat belas persidangan (5 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.

Advertisement

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-6
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan situasi pekerjaan belia ketika penularan wabak COVID19. Apakah inisiatif Kerajaan bagi membantu belia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 terutamanya isu pekerjaan.

Soalan ke-18
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah sumbangan dan pemberi sumbangan kepada program dan aktiviti Dasar Komuniti Negara (DKN), senarai rakan-rakan strategik atau NGO yang menerima sumbangan tersebut serta jumlah dana yang telah diterima dan dibelanjakan oleh Penggerak Komuniti Negara.

Advertisement

Soalan ke-33
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan punca tangga pasport Malaysia paling berkuasa di dunia jatuh ke tangga 13 pada tahun 2020.

Soalan ke-48
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membentangkan di Parlimen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk dipinda atau dimansuhkan memandangkan terdapat dua Kes Mahkamah Tinggi yang hakim-hakim membuat dua keputusan berbeza dalam soal kebenaran tertuduh untuk diikat jamin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top