BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan ahli parlimen dari Johor di Dewan Rakyat 29 Julai

parlimen-malaysia-1.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JUL: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ke sebelas pagi ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan kepada menteri dan bagi jawab lisan hari ke sebelas persidangan (29 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.

Advertisement

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan ke-12
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk menghantar balik kontena plastik haram ke negara asal. Berapakah kontena yang telah dihantar balik dari Mac hingga Jun 2020 dan nyatakan negara yang terlibat.

Soalan ke-30
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pelan holistik untuk memerangi masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini. Apakah faktor utama yang membolehkan pendatang tanpa izin boleh masuk dan bertapak di negara ini.

Advertisement

Soalan ke-35
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah langkah berkesan telah diambil untuk menghalang Malaysia dijadikan sebagai pusat transit pengedaran dadah antarabangsa; dan
(b) perincikan jumlah tahanan warganegara tempatan dan asing telah dibuat dan jumlah nilai dadah yang telah dirampas setakat 31 Mei 2020.

Soalan ke-37
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan komitmen dan usaha dalam Dasar Belia 30 yang dirancang Kementerian untuk memperkasakan golongan belia 18 tahun hingga 30 tahun selaras dengan usaha merendahkan had umur belia kepada 30 tahun.

Soalan ke-41
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik pembeli rumah dari tahun 2018 dan 2019 dan adakah angka ini memperlihatkan bahawa harga pasaran rumah di Malaysia pada kadar harga mampu milik.

Advertisement

UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan:
29.07.2020 (Rabu)

Ahli Yang Berucap:
YB Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau)

Advertisement

Tajuk Ucapan
“Garisan Pembahagi Jalan (warna Putih) Tidak Kelihatan Di Sepanjang Jalan utama (Jalan raya Di Bawah JKR) Dalam Parlimen Tebrau”

Menteri Yang Bertanggungjawab:
YB Menteri Kerja Raya

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top