BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan ahli parlimen dari Johor 22 Julai

parlimen-malaysia.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 JUL: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ketujuh, hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari ketujuh persidangan (22 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.

Advertisement

Soalan ke-6
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berkenaan perancangan Kementerian dalam kesediaan negara menghadapi penularan wabak pada masa akan datang termasuk sekiranya wabak COVID-19 kembali memuncak

Soalan ke-10
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan baru-baru ini ramai pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan huru-hara antara kaum dengan sengaja membangkit dan mengapi-apikan isu perkauman dan agama. Bilakah suatu Akta Keharmonian Kaum akan digubal bagi memelihara dan menjamin keharmonian dan perpaduan antara kaum dan agama dalam negara ini.

Soalan ke-21
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Kerajaan telah memastikan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (National Language Act 1963/67) yang menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi Kerajaan telah dipatuhi oleh Mahkamah-Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Advertisement

Soalan ke-29
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) adakah terdapat garis panduan berkaitan kualiti perkhidmatan pelanggan yang telah ditetapkan di klinikklinik kesihatan; dan

(b) adakah terdapat perancangan untuk menaik taraf kemudahan dan fasiliti klinik-kinik kesihatan untuk keselesaan para pengguna dan petugas kesihatan.

Advertisement

**UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )

Ucapan ke-2. YB Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau)

“Statistik Syarikat Dan Perkongsian Liabiliti Terhad”

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top