BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan ahli parlimen dari Johor 21 Julai

26_parlimen_johor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 JUL: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari keenam, hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari keenam persidangan (21 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.

Advertisement

Soalan pertama:
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini pelaksanaan Program Prihatin dan PENJANA. Adakah program-program ini akan diteruskan lagi dengan pengumuman lain yang baru kerana ianya mendatangkan manfaat yang besar kepada rakyat, perniagaan dan ekonomi negara.

Soalan ke-4:
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini rundingan antara Malaysia dan Singapura berkaitan pembangunan Projek Sistem Rapid Transit (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.

Soalan ke-10:
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD), bilakah KPM akan menerbitkan laporan tersebut untuk dikongsi bersama rakyat serta apakah pendirian KPM terhadap dapatan jawatankuasa tersebut.

Advertisement

Soalan ke-16:
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk menuntut semula tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dari penjana-penjana kuasa bebas (IPP). Berapa jumlah yang telah dituntut sejak Mac 2020.

Soalan ke-17:
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah dana/derma politik serta pendapatan dari luar negara dikenakan cukai oleh LHDN. Jika dikenakan cukai kepada 2 kategori itu, nyatakan jumlah cukai yang telah dibayar oleh setiap parti politik dan pemimpin politik di negara ini sejak dulu hingga sekarang. Jika tidak dikenakan cukai, mengapa ada pemimpin parti politik yang dihadapkan ke mahkamah mengenainya.

Soalan ke-27:
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan inisiatif Malaysia Electricity Supply Industry 2.0 (MESI 2.0) yang merangkumi langkah-langkah untuk meningkatkan persaingan dalam rangkaian pembekalan elektrik dari pembelian bahan api ke penjualan runcit supaya industri ini tidak terus dimonopoli.

Advertisement

Soalan ke-34:
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada ekonomi negara kita akan pulih daripada kerosakan yang disebabkan oleh wabak COVID-19 dan nyatakan tindakan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang yang sedang dan bakal diambil untuk mencapai sasaran pemulihan ini.

Soalan ke-38:
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan status pelan penyatuan tanah sawah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top