BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan ahli parlimen dari Johor 20 Julai

PARLIMEN-MALAYSIA.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 JUL: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari kelima, hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari kelima persidangan (20 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.

Advertisement

Soalan ke-20
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apa keputusan atau hasil kajian untuk melaksanakan pilihan raya tempatan.

Soalan ke-39
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja asing yang ada di negara kita setakat ini berdasarkan sektor yang mereka berada dan kewarganegaraan. Apakah pengubahsuaian akan dibuat dalam dasar pengambilan pekerja asing berikutan kesan pandemik COVID-19.

Soalan ke-40
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian bagi kanak-kanak bawah 18 tahun dalam tahanan imigresen sejak tahun 2015 sehingga Januari 2020.

Advertisement

Soalan ke-41
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) status operasi membanteras golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menghantar mereka pulang ke negara asal ketika krisis COVID-19
(b) berapa jumlah bilangan PATI yang masih ada di negara ini

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top