BM | EN | 中文

Pertanyaan bagi jawab lisan ahli parlimen dari Johor 16 Julai

dewan-rakyat-parlimen-malaysia.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 JUL: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari keempat, hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari keempat persidangan (16 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.

Advertisement

Soalan ke-4:
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan rancangan dan insentif untuk membangun serta mengukuhkan industri ‘start-up’ negara pasca wabak pandemik COVID-19 terutamanya kepada belia yang menceburi bidang ekonomi ini.

Soalan ke-18:
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Soalan ke-23:
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah SPR secara terperinci untuk mengadakan pendaftaran secara automatik kepada lebih 4.5 juta rakyat yang berumur 21 tahun ke atas namun belum mendaftar sebagai pengundi. Apakah halangan (jika ada) untuk memastikan pendaftaran automatik itu termasuk yang berumur 18 tahun ke atas boleh dimulakan tahun 2020 ini dan sudahkah halangan itu diatasi dan jika belum, mengapa.

Advertisement

Soalan ke-24:
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah ‘Transparency International’ akan bertambah baik tahun hadapan berserta dengan usaha-usaha Kerajaan ke arah ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top