KUALA LUMPUR, 15 JUL: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ketiga dan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.
Berikut di bawah ini merupakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari ketiga persidangan (15 Julai) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor.
Soalan ke-2
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan program Large Scale Solar (LSS) pakej ketiga serta langkah yang diambil bagi memastikan kos penjanaan bagi program LSS@MEnTARI yang baru diumumkan kekal kompetitif dan rendah.
Soalan ke-4
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk membuka pasaran (open market) benih padi sah.
Soalan ke-8
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini usaha pembaikpulihan sekolah daif di seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak dan apakah unjuran kejayaan pelaksanaan untuk tahun 2020.
Soalan ke-14
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keberkesanan ‘Home-based Learning’ dan kesan PKP terhadap PnP para murid dan pelajar.
Soalan ke-22
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah kesan positif yang dilihat daripada perancangan pihak Kerajaan dalam penstrukturan semula ‘National Feedlot Corporation’ (NFC) bagi memastikan bekalan daging lembu yang mencukupi agar negara tidak lagi bergantung kepada bekalan daging import.
Soalan ke-29
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan :-
(a) status ‘soft landing’ pengharaman pukat tunda ; dan
(b) status pemutihan lesen nelayan.
Johorkini