BM | EN | 中文

PERTANIAN KEMBALI JADI TULANG BELAKANG EKONOMI NEGARA

Mazlan-Aliman.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 OKT: Sektor pertanian dan pembangunan luar bandar kini diangkat semula untuk menjadi tulang belakang ekonomi negara dan antara fokus utama dalam Belanjawan 2020.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman berkata, ia terbukti apabila kerajaan menambah peruntukan sebanyak RM500 juta dari RM4.4 bilion dalam Belanjawan 2019 kepada RM 4.9 bilion kepada sektor pertanian.

Menurutnya, melalui belanjawan kali ini, ia memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar antaranya melalui peningkatan insentif kepada nelayan dan pembangunan industri padi.

Advertisement

Selain itu, sebanyak RM810 juta diperuntukkan untuk program-program pengembangan ekonomi dan kebajikan peneroka Felda.

“Komitmen kerajaan adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar sama ada peladang, petani, nelayan dan juga Felda serta Felcra.

“Peruntukan itu merangkumi beberapa perkara seperti projek-projek pertanian, rumah generasi kedua, infrastruktur dan juga pengurusan bekalan air yang bermasalah di kawasan-kawasan Felda.

Advertisement

“Kerajaan juga turut menyediakan insentif-insentif kepada peneroka Felda dan Felcra yang berhadapan dengan kejatuhan harga komoditi dan mengkaji semula bantuan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Mesra Peladang Johor di Pejabat Pertanian Daerah Pontian, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Mohd Said Jonit yang juga Adun Mahkota, Kluang.

Advertisement

Menurutnya lagi, perancangan itu adalah langkah efisien yang diambil oleh kerajaan bagi membantu golongan peneroka yang mengalami masalah pendapatan akibat harga komoditi getah yang tidak stabil.

“Ini hakikat bahawa kerajaan mengambil berat berkenaan taraf kehidupan peneroka getah yang terpaksa mengikat perut saban hari berhadapan kejatuhan harga komoditi getah di pasaran antarabangsa.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana mendengar keluhan peneroka yang selama ini mengharapkan bantuan dari kerajaan bagi mengimbangi kehidupan mereka,” ujarnya lagi.

Advertisement

Sambil merakamkan penghargaan kepada Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan berharap semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan program dan dasar yang dirancang dapat dilaksana sebaiknya bermula tahun hadapan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top