BM | EN | 中文

Pertandingan video Covid-19: Kerajaan Selangor, UPM tawar hadiah RM10,000

Rodziah-Ismail-pertandingan-video-Covid-19-Selangor.jpg

Rodziah Ismail (dua, kanan) menunjukkan poster promosi bersama Ketua Projek SELangkah, Dr Helmi Zakariah (kanan), Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Operasi Unit Pembangunan Komuniti, Mohd Azuan Sharani (kiri) dan Pengerusi Pertandingan, Profesor Ts Dr Cheah Yoke Kqueen (dua, kiri) ketika majlis pelancaran Pertandingan Video Covid-19 Kebangsaan dan Kesejahteraan Bandar 2021 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 Mac 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 31 MAC: Kerajaan Selangor dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Pertandingan Video Covid-19 Kebangsaan dan Kesejahteraan Bandar 2021 yang menawarkan hadiah RM10,000.

Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Rodziah Ismail berkata pertandingan bermula semalam hingga 15 Mei bertujuan memupuk kreativiti melalui konsep pendigitalan dalam usaha menyokong norma baharu sebagai gaya hidup masa kini.

“Saya pasti ia berjaya mencapai objektif utama iaitu mendorong penglibatan masyarakat terhadap kesedaran wabak dan kesannya kepada kesejahteraan bandar.

Advertisement

“Bagaimanapun, peserta tidak sekadar perlu bercerita perihal pandemik sebaliknya mereka bebas mengadaptasi kehidupan norma baharu ditempuh serta keharmonian komuniti setempat,” kata Rodziah Ismail, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pertandingan video berkenaan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka dengan yuran penyertaan RM50 dan pelajar berusia 18 tahun ke bawah (RM20).

Advertisement

Maklumat lanjut dan syarat penyertaan boleh didapati menerusi laman sesawang https://covideo-19.info/ .

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top