BM | EN | 中文

Pertandingan Ratu Cantik masih dianjurkan, apa komen PAS?

ratu-cantik-2021-PAS.png
Advertisement

BATU PAHAT, 17 DIS: Pertandingan Ratu Cantik ‘Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020’ yang akan diadakan pada 2 Januari tahun hadapan mengundang kritikan pelbagai pihak.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud meluahkan rasa terkejutnya dengan pertandingan yang masih dianjurkan di zaman pemerintahan yang mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam.

Serudin Soud

“Malu kita nak mengaku sebagai kerajaan Melayu Islam apabila pertandingan sebegini pun masih diteruskan.

Advertisement

“Mana suara Pas yang sebelum ini lantang mengkritik pertandingan sebegini. Hari ini mereka membisu dan ahli mereka pun sama diam tidak mahu menegur pemimpin mereka yang telah menjadi menteri.

“Hakikatnya jelas selama ini mereka hanya memperdagangkan agama untuk kepentingan diri mereka. Rakyat telah diperbodohkan oleh Pas dan mereka yang kononnya memperjuangkan Melayu Islam,” jelasnya ketika dihubungi.

Beliau berpendapat kerajaan tidak sepatutnya membenarkan pertandingan itu diteruskan kerana dikhuatiri menjadi punca penyebaran Covid-19.

Advertisement

“Masjid kita sekat (kehadiran) tetapi pertandingan sebegini adakah menepati piawaian ditetapkan kerajaan?

“Kerajaan perlu memikirkan keperluan rakyat hari ini. Jadi hentikanlah sementara agenda mengadakan pertandingan sebegitu.

“Ini tidak munasabah dilakukan di saat rakyat dalam kesempitan.

Advertisement

“Hormatilah pengorbanan ‘frontliners’ yang kini bertungkus lumus berjuang menghalang pandemik ini dari terus merebak,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top