BM | EN | 中文

Pertandingan gambar menarik Selangor Fruit Valley terima lebih 50 penyertaan

Pertandingan-gambar-menarik-Selangor-Fruit-Valley-terima-lebih-50-penyertaan.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 9 NOV: Lebih 50 penyertaan pertandingan gambar menarik di Facebook anjuran Selangor Fruit Valley (SFV) diterima sejak dibuka pada 1 November lalu.

Pengurus Pemasarannya Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata setakat ini sambutan diterima amat menggalakkan dan pengunjung juga memberi maklum balas positif.

“Selain menguar-uarkan pertandingan menerusi media sosial, kita juga meletakkan notis pertandingan gambar menarik di sekitar SFV.

Advertisement

“Kita mengalu-alukan penyertaan lebih banyak daripada pengunjung selain mereka dapat membuat lawatan bersama keluarga di SFV,” katanya, lapor SelangorKini.

Pertandingan gambar menarik di Facebook bermula sejak 1 sehingga 30 November itu hanya memerlukan peserta membeli tiket dan melawat SFV selain perlu memberi tanda suka Facebook dan Instagram SFV.

Dalam hantaran itu, ceritakan pengalaman lawatan ke SFV dan sertakan gambar menarik dan jangan lupa tag laman Facebook ‘Selangor Fruits Valley’ dan tulis tanda pagar #welovesfv #selangorfruitvalley.

Advertisement

SFV dibuka secara rasmi pada 15 September sebelum ditutup sementara operasi bermula 25 September sehingga 1 Oktober lalu bagi memberi laluan kerja berkaitan.

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala tiket dewasa warga asing berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top