BM | EN | 中文

PERTANDINGAN ENAM PENJURU DI PRK TANJUNG PIAI

penamaan-calon-8.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV : Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P165 Tanjung Piai yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon bebas.

Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66 menjadi ayam tambatan untuk mewakili PH yang akan dicabar Datuk Seri Wee Jeck Seng yang mewakili BN.

Selain itu, turut mengesahkan penyerahan borang pencalonan adalah wakil Gerakan, Wendy Subramiam, 38 yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional parti itu dan Presiden Berjasa, Badhrulhisham Abdul Aziz.

Advertisement

Selain itu, dua lagi calon bebas turut disahkan borang pencalonan mereka iaitu, Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43 dan Ang Chuan Lock, 39.

Perkara tersebut diumumkan Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Tanjung Piai, Zulkifly Mohamad Tahir kira-kira jam 11.00 pagi ini.

Pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini dibuka pada jam 9 pagi dan proses mengemukakan borang pencalonan berjalan selama satu jam.

Advertisement

Terdahulu pagi ini, Karmaine yang mengenakan baju Melayu Teluk Belanga berwarna merah dalam perarakan diiringi Presiden Bersatu yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Seri Muhyiddin Yassin; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah PRK PH Tanjung Piai, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Turut sama mengiringi beliau ialah Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub; Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai dikosongkan selepas penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Pontian pada 21 September lepas.

Advertisement

Allahyarham Dr Md Farid memenangi kerusi berkenaan dalam pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke- 15 dengan majoriti 524 undi.

Beliau mendapat 21,255 undi apabila menewaskan Wee Jeck Seng daripada Barisan Nasional yang meraih 20,731 undi.

Sementara seorang lagi pencabarnya, Nordin Othman daripada Pas pula hanya menerima 2,962 undi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top