BM | EN | 中文

Pertahan nilai tradisi secara rasional – Publisiti DAPSY Johor

DAPSY-Sarawak-papan-tanda.jpg

PONTIAN, 21 OGOS: Meskipun kerajaan tempatan di Sarawak bersikap sambil lewa atas permohonan penambahan tanda nama Bahasa Cina, DAPSY Sarawak seharusnya mempertahankan dan meletakkan kepentingan undang-undang dan perlembagaan negara.

Setiausaha Publisiti DAPSY Johor, Tay Su Wee berkata, ini kerana tindakan yang diambil sendirian bagi mengubahsuai papan tanda jalan mungkin melanggar undang-undang dan mengundang reaksi kontrtoversi.

Tay Su Wee

“Perlukah saudara-saudari DAPSY Sarawak menggunakan cara begitu ekstrem dan bersikap vandalisme dengan menambah tanda nama jalan Bahasa Cina pada papan tanda jalan tanpa sebarang kebenaran, hanya untuk mempertahankan jiwa berbilang kaum negara ini?

“Semasa mempertahankan kepelbagaian budaya, DAPSY pada masa yang sama seharusnya mematuhi undang-undang dan berkomunikasi dengan kerajaan tempatan, walaupun perjalanan tersebut mungkin terdapat halangan.

“Saudara-saudari DAPSY Sarawak boleh mewar-warkan isu ini secara atas talian bagi memberi tekanan kepada kerajaan tempatan.

“Aksi yang melampau akan dikutuk ramai, malah akan digunakan sebagai batu api isu perkauman,” kata Tay dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam tular di media sosial tindakan sekumpulan ahli DAPSY Sarawak menampal pelekat dalam bahasa Cina pada beberapa papan tanda jalan di bandar raya itu atas alasan perlu diterjemahkan untuk keperluan pelancong dari China.

Tindakan diketuai bekas Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan itu mengundang pelbagai reaksi sebahagian besar warganet.

Manakala Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata perbuatan itu melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

Justeru itu Tay berkata, sebagai parti politik yang mempertahankan demokrasi dan kebebasan, DAP memegang teguh prinsip dan mendisiplinkan diri untuk menggalakkan kepelbagaian budayan dan pembaharuan sosial.

Katanya, aset paling berharga di Malaysia adalah intergrasi pelbagai kaum dan kumpulan etnik, dengan keutamaan budaya termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, sayap parti itu sebagai perintis yang sentiasa mengekalkan komitmen untuk mempertahankan kepelbagaian negara Malaysia dan tidak bersikap radikal dengan mencabar undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Sebagai pengusaha untuk memperkenalkan pembaharuan, DAPSY mesti menghormati kuasa yang diberikan kepada kerajaan tempatan oleh Perlembagaan Negeri.

“Kami harus sentiasa menggunakan cara-cara yang munasabah dan aman, bukannya melakukan vandalisme.

“Penggalakan pembaharuan sosial memerlukan pengiktirafan dan kefahaman semua kumpulan etnik, dan ia adalah falsafah politik dan prinsip DAP dengan mendapatkan mandat melalui pilihan raya dan melakukan apa yang seharusnya nanti.

“Diharapkan saudara-saudari dapat bermuhasabah atas tindakan yang berlebihan ini dan menggunakan pendekatan yang betul,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top