BM | EN | 中文

“Persoalannya, dari mana kerajaan Johor mahu tampung defisit belanjawan?

Kota-Iskandar-Johor.jpg

Ganbar Ehsan images.vidi.co

Advertisement

KOTA ISKANDAR, 2 DIS: Belanjawan Johor 2021 yang dibentangkan Khamis lalu melaporkan penguncupan ekonomi yang menjejaskan pendapatan hasil negeri akibat pandemik Covid yang melanda dunia.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad ketika sesi perbahasan belanjawan Johor 2021 berkata, defisit yang dihadapi kerajaan adalah sebanyak RM 248.14 juta.

Katanya, perkara ini membimbangkan ramai pihak kerana pendapatan tahun hadapan perlu ditampung oleh kerajaan bagi menangani defisit yang berlaku.

Advertisement

“Belanjawan Johor 2021 adalah belanjawan defisit sebanyak RM 248.14 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM 1,609.07 juta manakala perbelanjaan mengurus dan pembangunan adalah RM 1,857.21 juta.

“Defisit sebanyak RM 248.14 juta ini tidak dinyatakan di dalam belanjawan dari manakah sumber kewangan akan diperolehi bagi menampung defisit dengan jumlah tersebut.

“Adakah defisit ini akan ditampung melalui pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan atau pun menggunakan rizab tunai kerajaan sedia ada atau sumber-sumber yang lain.

Advertisement

“Sewajarnya perkara ini perlu dinyatakan di dalam belanjawan supaya lebih telus dan bertanggungjawab,” kata Dzulkefly yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor.

Mengulas perkara itu, Penolong Setiausaha Parti Amanah Johor, Mahadzir Mat Zili melahirkan kebimbangan kerana kerajaan mungkin perlu mendapatkan semula hasil melalui rakyat.

Mahadzir Mat Zili

“Kita bimbang rakyat yang akan jadi mangsa sekiranya perkara ini tidak telus. Antara contoh yang boleh dikenakan adalah seperti pencukaian kerajaan, tarif air dan sebagainya.

Advertisement

“Kerajaan seharusnya menjernihkan berkenaan kenyataan tersebut kerana kita tidak mahu rakyat di negeri ini yang sedang kesempitan ekonomi diletakkan beban bagi menyelesaikan defisit yang berlaku dalam belanjawan tersebut.

“Perkara ini perlu diperhalusi agar ramai pihak tidak menjadi mangsa hasil dari kelemahan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Johor hari ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top