BM | EN | 中文

Persisir pantai Desaru ‘hot spot’ penyeludupan migran 

zulfadli.jpg

Mohd Zulfadli (kiri) pada sidang media di Pejabat ZMTS, hari ini.

Advertisement

KOTA TINGGI, 15 JAN : Persisir pantai Desaru, di sini merupakan lokasi panas atau ‘hot spot’ bagi penyeludupan migran dengan tangkapan pada 2018 melibatkan seramai 125 migran menerusi operasi dijalankan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS).

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, manakala pada tahun 2019 sebanyak empat operasi dijalankan melibatkan seramai 117 migran ditahan.

“ZMTS menasihati semua warga Indonesia yang ingin masuk atau keluar dari negara ini untuk menggunakan laluan sah tanpa perlu menggadai nyawa agar kejadian tidak diingini dapat dielak.

Advertisement

“Sindiket penyeludupan manusia tidak menghargai nyawa penumpang, mereka sering membawa muatan lebih demi mengaut keuntungan,” katanya kepada wartawan pada sidang media di Pejabat ZMTS, di sini hari ini.

Tambah beliau, tindakan penguatkuasaan oleh Maritim Malaysia adalah berbentuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengelak berlakunya kehilangan nyawa di laut.

Katanya, keadaan laut yang bergelora disamping bot yang digunakan tidak selamat serta operator yang tidak mementingkan keselamatan meningkatkan risiko penumpang.

Advertisement

“Operasi akan dipertingkat dan orang ramai diminta untuk menyalurkan sebarang perlanggaran undang-undang di laut menerusi talian hotline MERS 999,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top