BM | EN | 中文

Persidangan antarabangsa pemimpin muda Johor medan suara pendapat dan idea

IMG-20200221-WA0004.jpg

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Teo Nie Ching (duduk, tengah) ketika hadir Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda Johor Kali Ke-7 (JISLC) 2020.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB : Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda Johor Kali Ke-7 (JISLC) 2020 merupakan pentas penting bagi golongan remaja daripada seluruh pelusuk dunia bagi menyuarakan pendapat dan idea mereka.

Pengarah Projek JISLC 2020, Nor Ellisa Farhana berkata, persidangan itu menghimpunkan anak muda yang kini sedang berhadapan dengan dunia dan cabaran-cabaran yang berbeza selain membincangkan pendekatan-pendekatan wajar bagi pembangunan golongan itu.

“Persidangan ini menjadi luar biasa dengan aktiviti menarik mengikut trend semasa yang sesuai serta dekat dengan jiwa golongan muda.

Advertisement

“Tambahan pula, persidangan tahunan ini bertujuan menyatukan suara pemimpin pelajar dengan matlamat untuk meningkatkan kemajuan negara,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, persidangan yang berlangsung empat hari ini dianjurkan sepenuhnya oleh ahli Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) Kohort Ke-10 itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Teo Nie Ching.

Difahamkan seramai 1,200 pelajar tempatan dan antarabangsa telah menghadiri JISLC 2020 yang berlangsung dari 9 hingga 12 Februari lalu bertempat di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru.

Advertisement

Nor Ellisa berkata, pelbagai aktiviti menarik membabitkan para peserta yang disediakan seiring dengan tema persidangan “Defying Gravity : Igniting Unity”.

“Terdapat juga wacana intelektual, sesi rangkaian, pembentangan kertas kerja dan persembahan kebudayaan oleh para pelajar,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top