BM | EN | 中文

Persepsi rakyat tentang rasuah dalam kerajaan, PAC pandang serius laporan TI

Wong-Kah-Woh-PAC-Ipoh-Timur.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh

Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memandang serius Laporan Barometer Rasuah Global Asia 2020 diterbitkan Transparency International (TI) yang mendapati 71 peratus rakyat Malaysia merasakan rasuah dalam kerajaan masalah besar.

Dalam laporan sama 39 peratus rakyat Malaysia merasakan masalah rasuah telah meningkat dalam tempoh 12 bulan yang lepas.

Justeru itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, pihaknya akan memanggil TI untuk memberikan taklimat berkenaan laporan tersebut.

Advertisement

“PAC Parlimen akan memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memberikan laporan dan ulasan SPRM berkenaan dengan Barometer Rasuah Global Asia 2020 dan hala tuju SPRM dalam memerangi rasuah dan meningkatkan integriti pentadbiran awam negara,” katanya, lapor Roketkini.

Laporan itu turut menyatakan 30 peratus rakyat Malaysia merasakan kerajaan tidak melakukan yang terbaik dalam memerangi rasuah dan 13 peratus rakyat Malaysia pernah memberi wang suapan dalam perkhidmatan awam dalam tempoh 12 bulan yang lepas.

Pada masa yang sama, 25 peratus rakyat Malaysia yang ditinjau berpendapat bahawa Presiden atau Perdana Menteri adalah korup, lebih tinggi berbanding sembilan negara Asia lain iaitu Taiwan (24%), Maldives (22%), Bangladesh (20%), Indonesia (20%), Myanmar (18%), China (15%), Vietnam (8%), Filipina (7%) dan Kemboja (7%).

Advertisement

Selain itu laporan sama turut mendapati kadar kepuasan terhadap SPRM pula berada pada paras 74 peratus.

“PAC berpendapat angka ini menunjukkan ketidakyakinan rakyat Malaysia terhadap integriti pentadbiran awam negara serta anggotanya.

“Faktor-faktor yang menyumbang kepada situasi ini harus dikenal pasti dan usaha-usaha ke arah membanteras rasuah perlu dipertingkatkan.

Advertisement

“Keberkesanan Pelan Pencegah Rasuah Kebangsaan (NACP) juga perlu dikaji memandangkan tempoh soal selidik laporan ini adalah dalam tempoh masa pelaksanaan NACP,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top