BM | EN | 中文

PERSEKITARAN KONDUSIF DORONG WANITA KEMBALI BEKERJA

LCT-utm.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT : Meskipun jumlah pelajar wanita yang memasuki universiti adalah 50 peratus lebih ramai berbanding lelaki namun jumlah penglibatan kaum tersebut didapati lebih rendah dalam sektor pekerjaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, statistik itu menunjukan bahawa ramai golongan wanita muda yang berkelayakan tetapi tidak dapat menyumbang kepada ekonomi negara kerana tidak bekerja.

“Dalam Belanjawan 2020 Kerajaan Persekutan telah mengambil beberapa inisiatif untuk memupuk kaum wanita terus bekerja terutama mereka yang sudah berkahwin.

Advertisement

“Beberapa dasar dibuat termasuk memberi insentif kepada wanita dan juga majikan agar golongan ini kembali bekerja. Antaranya dengan membina taska untuk membantu memudahkan kaum wanita menghantar anak mereka.

“Bila ada taska disediakan di tempat kerja akan memudahkan kaum wanita sekali gus mereka tidak terperangkap dalam keluarga dan boleh bekerja,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas hadir merasmikan Young Women Bootcamp 2019  di Dewan Al-Marbawi, UTM Skudai, Johor Bahru, semalam.

Advertisement

Tambahnya, menurut statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Malaysia hampir mencapai sasaran 30 peratus wanita di peringkat tertinggi dan sektor awam pula berjaya melepasi sasaran yang sama pada tahun 2018.

Namun begitu katanya, data berkenaan menunjukkan trend dan pola kenaikan ini tidak stabil apabila menunjukkan penurunan pada Jun 2019.

“Hal ini menunjukkan perlunya strategi untuk terus membentuk, memupuk dan melatih ramai pemimpin wanita muda di Malaysia.

Advertisement

“Perkembangan teknologi dan ICT tanpa sempadan kini harus diambil kira bersama dengan aspek kepekaan gender seiring dengan perkembangan revolusi dalam melahirkan pemimpin wanita muda yang berfikiran kritis dan inovatif.

“Oleh itu, kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor dan Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), UTM serta sokongan dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dalam mengadakan program ini diharapkan dapat mendedahkan wanita muda dan belia terutamanya tentang kepimpinan yang efektif supaya dapat melahirkan pemimpin yang berinovasi serta berintegriti,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top