BM | EN | 中文

PERSEKITARAN KERJA TAK SELAMAT AKAN BANTUT PEMBANGUNAN NEGERI

khuzzan-1.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 24 SEPT: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar hari ini mengingatkan semua pihak supaya menjaga keselamatan di kawasan persekitaran kerja bagi menjamin kelangsungan pembangunan negeri.

Menurut Khuzzan, kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan kepada sektor perindustrian negeri yang menyumbang kepada 37 peratus pertumbuhan negeri yang bernilai RM43 bilion pada tahun lalu.

Menurutnya lagi, angka tersebut hanya dapat dicapai melalui jaminan terhadap persekitaran pekerjaaan yang selamat, sihat dan kondusif.

Advertisement

“Pekerja yang tidak sihat dan terdedah pada kemalangan pasti tidak dapat menyumbang kepada produktiviti diri, syarikat, negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar 2019, di Masai, pagi tadi.

Adun Semerah itu turut menegaskan kadar kemalangan di tempat kerja dalam negeri bagi tahun ini agak membimbangkan, berdasarkan statistik terkini jumlah kemalangan yang telah direkodkan.

Advertisement

“Dari Januari sehingga Jun 2019, sebanyak 507 kes telah disiasat. Berdasarkan jumlah tersebut, 15 kes hilang upaya kekal, 13 kes maut dan 479 kes tanpa hilang upaya kekal.”

Beliau yang juga ADUN Semerah turut menyeru agar semua pihak bersama-sama menjalankan program dan aktiviti yang dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja.

Terdahulu, Setiausaha Majlis Pembandaran Pasir Gudang, Sulaiman Ismail, berkata program tersebut dijalankan bertujuan menjamin keselamatan masyarakat setempat dan juga tenaga kerja di Pasir Gudang.
“Pasir Gudang menempatkan lebih 1,200 buah kilang yang terlibat dalam pelbagai jenis industri dan kejuruteraan berat”.

Advertisement

“Selain komited dengan pembangunan sosial pekerja, inisiatif penganjuran juga bertujuan manjadikan Pasir Gudang sebagai bandar kediaman yang selesa, bersih dan sihat.”

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top