BM | EN | 中文

Persatuan Pengusaha Lori Johor sedia bantu pekerja industri pengangkutan divaksin

Lori_Johor.png

Gambar Hiasan (Ehsan FB Himpunan Gambar Lori)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUN: Persatuan Pengusaha Lori Johor (JLOA) bersedia untuk memberikan bantuan yang diperlukan bagi memastikan program vaksinasi kepada pekerja industri pengangkutan seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Presidennya Novan Hing berkata, antara bantuan yang dapat diberikan termasuklah mengenal pasti dan menghubungi pihak berkaitan terutamanya mereka yang tidak terlibat dalam spektrum logistik penerbangan ataupun pelabuhan.

“Pekerja ini yang kita percaya merujuk kepada kapten lori, yang berkemungkinan tinggi untuk dijangkiti dan menyebarkan virus itu, disebabkan cara mereka bekerja: katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Pada Rabu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, pekerja di sektor ekonomi kritikal yang perlu beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan akan divaksinkan menerusi fasa keempat program imunisasi tersebut.

Menurut Khairy mereka yang berkelayakan termasuklah di dalam sektor pembuatan, logistik, pengangkutan, tenaga dan utiliti.

Oleh sebab itu, Hing berkata, ahli-ahli mereka teruja untuk mendapatkan makiumat lanjut bagi memastikan sama ada syarikat mereka ini terpilih, termasuk ataupun Iayak untuk program tersebut.

Advertisement

Ketika ini JLOA mempunyai kira-kira 165 ahli di Johor.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top