BM | EN | 中文

Persatuan Pemilik Ladang gesa kerajaan benarkan ladang sawit ambil pekerja asing

kelapa-sawit.jpg

Gambar Ehsan FMT

Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Persatuan Pemilik Ladang Malaysia menggesa kerajaan mempertimbangkan kelangsungan dan kelestarian sektor itu, dengan membenarkan pemilik ladang yang tidak dapat merekrut orang tempatan supaya mengambil pekerja asing segera.

Persatuan tersebut dalam satu kenyataan menggesa kerajaan membenarkan pekerja asing kembali kerana industri kelapa sawit akan berdepan kerosakan teruk jika tidak dikecualikan daripada pembekuan pengambilan pekerja.

Industri minyak sawit di Malaysia, pengeluar dan pengeksport komoditi kedua terbesar di dunia itu, berdepan masalah kekurangan buruh kronik yang semakin teruk.

Advertisement

Ia bergantung kepada pekerja asing untuk 70 peratus tenaga kerja ladang dan hampir semua kerja lapangannya, khasnya pekerja dari Indonesia dan Bangladesh.

Ribuan pekerja meninggalkan sektor itu untuk pulang ke kampung ketika sempadan ditutup akibat penularan Covid-19, menyebabkan tekanan dihadapi industri itu bertambah kerana dua hingga tiga peratus pekerja asing pulang setiap tahun.

“Kebimbangan utama ialah kemuncak musim pengeluaran tanaman dalam beberapa bulan dari sekarang dan industri minyak sawit sangat bergantung kepada kebolehsediaan pekerja,” kata persatuan tersebut, lapor laman The Edge Markets.

Advertisement

Katanya, kemerosotan pengeluaran tanaman akan mengekang pengeluaran minyak sawit mentah dan biji sawit kerana kadar pengekstrakan akan terus merosot tahun ini.

Walaupun ia mungkin mendorong kenaikan harga minyak sawit mentah, persatuan itu memberi amaran ladang tanpa penjagaan akhirnya akan membawa kemerosotan kepada industri itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top