BM | EN | 中文

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR DIGALAK SERTAI PROGRAM MASYARAKAT

mahasiswa-johor-1.jpg
Advertisement

KOTA KINABALU, 10 DIS: Saingan di kalangan graduan yang tinggi menyebabkan ramai mahasiswa terlalu mengejar pencapaian akademik sehingga terlepas mengikuti program atau aktiviti kemasyarakatan yang mempunyai banyak kebaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan berkata, hubungan silaturrahim bersama mahasiswa anak Johor di universiti juga sukar dibentuk kerana terlalu sibuk dengan kuliah, tugasan dan kerja kursus.

Justeru itu katanya melalui program kemasyarakatan, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim melalui penyatuan anak-anak Johor
bersama-sama di Universiti selain memberi galakan semangat kepada mereka yang berjauhan dengan keluarga masing-masing.

Advertisement

“Ini merupakan motivasi dan inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha untuk menjadi seorang bakal graduan yang benar-benar berkualiti melalui penguasaan ilmu disamping penyampaian serta komunikasi yang berkesan melalui pengalaman daripada ikon-ikon mahasiswa.

“Saya percaya ini juga sekaligus memberi kesedaran sosial kepada mahasiswa dan mahasiswi supaya dapat menanam dan mengamalkan semangat perpaduan, permuafakatan dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling,” kata Aminolhuda.

Beliau berkata demikian kepada mahasiswa anak Johor dalam satu pertemuan di Universiti Sabah dalam acara Townhall D’Bayu, semalam.

Advertisement

Selain itu katanya, melalui program tersebut, ia juga dapat menyuntik semangat kepada mahasiswa untuk memberi sumbangan bakti kepada UMS dan memberikan mereka peluang belajar daripada Tokoh Siswa Negara dan Tokoh Siswa Johor.

Dalam pada itu Aminolhuda berkata, interaksi sosial adaah penting untuk memberi impak kepada pembentukan sahsiah mahasiswa sebagai suatu kemahiran ‘soft skills’.

“Para mahasiswa mahasiswi perlu didedahkan kepada suasana kehidupan bermasyarakat supaya mereka benar-benar dapat menyelami
reality kehidupan dan tidak terbelenggu dengan suasana pembelajaran di kampus,” tambahnya.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, kerajaan Johor sentiasa komited dalam membantu mahasiswa anak Johor menerusi pelbagai dana dan insentif yang disediakan.

Katanya, pelbagai program bantuan telah disediakan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun aktiviti mahasiswa.

“Salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Johor Insentif Harapan Siswa,

Advertisement

“Selain itu pinjaman pendidikan turut disediakan melalui Yayasan Pelajaran Johor”, katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top