BM | EN | 中文

Perpustakaan Selangor kerjasama dengan Gapena, martabat bahasa dan budaya bangsa

Perpustakaan-Selangor-kerjasama-dengan-Gapena.jpg

Datuk Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) menujukkan Buku Himpunan Catatan “Pencak Deklamator” yang dirasmikan ketika Malam Menghimpun Rindu Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam (Gambar Ehsan : Media Selangor)

Advertisement

SHAH ALAM, 19 SEPT: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan terus berkolaborasi dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dalam melahirkan ramai pengkarya mampu mengangkat bahasa dan budaya bangsa.

Pengarah PPAS, Mastura Muhamad berkata kerjasama itu penting selaras penjenamaan semula perbadanan tersebut selain pengenalan projek tokoh perpustakaan sebagaimana dimaklumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bahawa PPAS perlu memikirkan kandungan dihasilkan untuk memperkasanya.

“Sebagai contoh melalui pengucapan puisi kerana ia adalah karya ulung mempunyai maksud tersirat dan tersurat.

Advertisement

“Jadi usaha ini mungkin boleh mengubah minda masyarakat seterusnya membina peradaban yang baik,” kata Mastura Muhamad, lapor Media Selangor.

Beliau berkata demikian selepas Malam Menghimpun Rindu Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) anjuran PPAS dan Gapena di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di sini malam tadi.

Sejak 1987 hingga 2010, SDPK menjadi acara rasmi bagi meraikan bulan kemerdekaan dengan matlamat memperkasa semangat patriotisme dalam kalangan rakyat melalui puisi dan memartabatkan sastera tanah air.

Advertisement

Buat pertama kalinya SDPK tahun ini, Gapena mempemukakan inisiatif berkenaan kepada Kerajaan Negeri dan PPAS sebagai rakan kerjasama dalam mewujudkan medan menghimpunkan sebahagian sasterawan serta pendaklamator puisi tersohor negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top