BM | EN | 中文

Perpustakaan mini IPD Kota Tinggi jadi perintis di Johor

Ashmon-2.jpg

Ashmon merasmikan Perpustakaan Mini IPD Kota Tinggi.

Advertisement

KOTA TINGGI, 8 JAN : Kewujudan Perpustakaan Mini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi memberi ruang kepada pegawai dan anggota IPD berkenaan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti manfaat seperti membaca buku.

Perpustakaan Mini itu merupakan cetusan idea Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah yang mahu mewujudkan sebuah perpustakaan mini dalam kawasan pentadbiran IPD berkenaan sekali gus menjadi perintis bagi IPD lain di Johor.

Ahsmon berkata, kewujudan perpustakaan mini itu bertempat di rumah kelab juga secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan kakitangan IPD itu.

Advertisement

“Pelaksanaan pelbagai aktiviti berunsur keilmuan mampu menarik minat seluruh warga Polis IPD Kota Tinggi untuk datang dan menikmati segala kemudahan yang telah disediakan di sini.

“Penggunaan perpustakaan secara berkesan dapat melahirkan warga polis yang berpengetahuan luas dan berintelektual.

“Saya berharap semua warga Polis IPD Kota Tinggi dapat mengambil peluang ini untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek,”katanya ketika berucap merasmikan Perpustakaan Mini IPD Kota Tinggi, baru-baru ini.

Advertisement

Terdahulu, majlis perasmian diserikan dengan acara pemotongan riben dan menandatangani plak oleh Ahsmon.

Pada majlis sama, turut diadakan penyerahan sumbangan buku – buku oleh Ketua Bahagian dan Ketua Balai Polis kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi dan penyerahan buku kepada Deputi Superintendan Nik Azham Nik Aziz selaku Ketua Pustakawan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top