BM | EN | 中文

Perparitan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dinaik taraf atasi banjir

Perparitan-Hospital-Pakar-Sultanah-Fatimah-Muar-dinaik-taraf-atasi-banjir.png
Advertisement

MUAR, 8 NOV: Masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini sejak tahun 2018, bakal diatasi dengan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di hospital berkenaan dengan kos RM1.4 juta.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor Mohd Solihan Badri berkata tiga projek menaik taraf yang dimulakan sejak Ogos tahun ini, bakal mengambil masa 11 minggu.

Beliau berkata kerja-kerja naik taraf itu membabitkan longkang konkrit dan sistem pembentung di Jalan Sungai Abong dengan kos RM500,000, longkang konkrit di Jalan Ismail dengan kos RM100,000 dan longkang konkrit serta sistem pembentung di HPSF dengan kos RM800.000.

Advertisement

“Kerja naik taraf itu kini dalam proses dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini (November 2021). la dijangka akan memberikan kemudahan kepada kira-kira 1,000 pesakit setiap hari.

“Selain menaik taraf sistem perparitan di HPSF mi, kami turut bercadang untuk membina kawasan meletak kenderaan bertingkat di sini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini hari ini.

Mohd Sokhan berkata demikian ketika Lawatan Kerja Teknikal ke Projek Pembangunan Dalam Daerah Muar yang turut dihadiri oleh Pengarah HPSF Muar Dr Muhammad Yusof Sibert.

Advertisement

Menurut beliau HPSF yang memerlukan kira-kira 1,000 lot parkir itu, turut menerima pesakit dari daerah Tangkak dan beberapa kawasan dari negeri Melaka seperti Merlimau juga Jasin.

“Selain pembinaan tempat meletak kenderaan empat tingkat, melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kami akan turut menyusun kembali klinik-klinik yang berada di HPSF ini dengan kerjasama daripada Kementenan Kesihatan.

“Mengikut perancangan, klinik berkenaan akan ditempatkan di bahagian atas kawasan tempat letak kenderaan seperti di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau berkata daerah Muar menerima sebanyak RM34.1 juta daripada kerajaan persekutuan dan negeri bagi menaik taraf jalan di daerah berkenaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top