BM | EN | 中文

Perpaduan di antara kepimpinan dan ahli teras kekuatan Amanah

Konvensyen-Parti-Amanah-Negara-Negeri-Johor-2020-Aminolhuda-Mohamad-Sabu.jpg

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan menyerahkan cenderrahati kepada Mohamad Sabu

Advertisement

BATU PAHAT, 7 NOV: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, perpaduan di kalangan kepimpinan parti itu adalah teras kekuatan mereka.

Menurutnya, Amanah tidak mempunyai pemimpin yang luar biasa dan apa yang menjadi kekuatan bagi parti itu adalah pengukuhan di kalangan ahli parti.

“Kelebihan parti kita adalah perpaduan di kalangan pemimpin yang saling memahami antara satu sama lain.

Advertisement

“Sejarah sebelum ini seperti di Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, ketika itu umur Amanah terlalu muda.

“Pada ketika itu pelbagai pandangan dan cadangan dilontarkan oleh kepimpinan. Akhirnya Amanah diberikan mandat untuk bertanding sebanyak 13 kerusi.

“Kita hilang wang pertaruhan sebanyak sembilan kerusi, empat kita berjaya kekalkan. Ketika itu tidak ada seorang pun pemimpin Amanah yang mempertikaikan keputusan parti atau mengungkit apa yang berlaku.

Advertisement

“Begitulah kekuatan pemimpin Amanah yang mana bersatu, sehati sejiwa dalam usaha memenangkan parti ini ketika itu,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara, Negeri Johor 2020 di hotel Katerina Batu Pahat, Johor, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu juga telah menjangkakan bahawa isu perkauman ini akan terus dimainkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

“Untuk Belanjawan 2021 semalam, kita dapat lihat bagaimana peruntukan sebanyak RM 81 juta telah diberikan kepada pembangunan JASA.

Advertisement

“Kita boleh menjangkakan bahawa isu perkauman dan momokan bahawa Amanah adalah “kuli DAP” akan dimainkan secara berleluasa melalui badan tersebut.

“Kita kena bersedia serangan dari segi media dan sebagainya yang pastinya akan memainkan peranan untuk membunuh musuh mereka (PN) melalui badan tersebut,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top