BM | EN | 中文

Permudah ekonomi perjalanan, tiba masa MyTravelPass dihentikan

Tony-Pua-DAP.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa mempercepatkan proses penghentian program MyTravelPass sebagai satu langkah kritikal ke arah pemulihan ekonomi dalam sektor ekonomi perjalanan (travel economy).

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, langkah menghentikan (phasing out) MyTravelPass secara berperingkat adalah komponen penting bagi hala tuju pemulihan ekonomi Malaysia.

Minggu lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Jabatan Imigresen untuk mengkaji semula kategori permohonan keluar negara yang boleh diberi kebenaran terus tanpa perlu memohon kelulusan melalui MyTravelPass.

Advertisement

Menurut beliau, penghenian itu memainkan peranan besar dalam menghidupkan kembali industri perjalanan negara — syarikat penerbangan, agensi pelancongan dan sebagainya, yang menggajikan ribuan pekerja.

“MyTravelPass telah dilaksanakan pada permulaan pandemik Covid-19 yang mana, melakukan perjalanan ke luar negara dianggap berisiko tinggi terutama apabila kadar jangkitan tempatan pada ketika itu adalah sangat rendah dan tiada vaksin yang tersedia.

“Walau bagaimanapun, keadaan telah berubah secara mendadak kerana risiko jangkitan bawaan asing hari ini jauh lebih rendah berbanding jangkitan tempatan, yang masih berleluasa,” katanya, lapor Roketkini.

Advertisement

Tony yang juga Ahli Parlimen Damansara berkata, Jabatan Imigresen bukan sahaja perlu ‘mengkaji semula’ kategori permohonan keluar negara tetapi harus membatalkan ‘MyTravelPass’ secara keseluruhan.

Beliau menjelaskan, berdasarkan kadar jangkitan 15,759 kelmarin, hanya 27 atau kurang dari 0.2 peratus merupakan kes import tambahan pula, kes-kes import tersebut ‘dikawal’ susulan proses kuarantin yang ketat.

Malah kata beliau, kadar vaksinasi telah bertambah baik secara mendadak di Malaysia dengan hampir 60 peratus divaksinasi penuh sementara kadar vaksinasi penuh banyak negara destinasi lain juga tinggi seperti United Kingdom dengan 67 peratus, Amerika Syarikat (56 peratus) dan Kanada (70 peratus).

Advertisement

Sehubungan itu, tambahnya, tiada sebab sama sekali untuk menyekat rakyat Malaysia, terutama mereka yang telah mendapat vaksinasi penuh daripada melakukan perjalanan ke luar negara selagi mana mereka dibenarkan untuk memasuki negara destinasi berkenaan.

“Mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara tetap tertakluk kepada proses kuarantin yang diwajibkan setelah mereka kembali ke negara ini bagi mencegah sebarang jangkitan import daripada merebak ke dalam negara,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top