BM | EN | 中文

PERMOHONAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR DIBUKA SEMULA

rumah-impian.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 DIS: Rakyat Johor kini mempunyai peluang kedua untuk memiliki Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) bagi kedua-dua projek di Bandar Dato’ Onn dan Bandar Baru Majidee dengan mendaftar semula permohonan.

Orang ramai yang memenuhi syarat dan kriteria untuk memohon boleh mendaftar semula permohonan di laman web rasmi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) di sijf.my.

Menurut satu kenyataan di sini, pemohon boleh merebut peluang keemasan ini dengan mendaftar di Sistem Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (SRIBJ) bagi mengemaskinikan rekod masing-masing untuk semakan kelayakan.

Advertisement

“Antara syarat dan kriteria yang ditetapkan adalah warganegara Malaysia berumur 25 tahun ke atas manakala bagi pasangan yang sudah berkahwin, hanya satu permohonan dibenarkan.

“Keutamaan akan diberikan kepada pemohon dan pasangan yang belum memiliki hartanah dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 bagi projek RIBJ di Bandar Dato’ Onn makanala RM8,000 untuk projek di Bandar Baru Majidee,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya lagi, semua pemohon yang berjaya sebelum ini telah dimaklumkan mengenai keputusan permohonan mereka melalui capaian log masuk masing-masing dan surat tawaran telah pun dikeluarkan.

Advertisement

“Manakala pemohon yang tidak berjaya berikutan permohonan tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan atau gagal mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank.

“Sekretariat YSIJ juga menasihatkan orang ramai hanya menggunakan satu sahaja medium permohonan iaitu menerusi laman web rasmi sijf.my dan YSIJ tidak melantik mana-mana pihak ketiga sama ada individu, badan, syarikat atau entiti lain untuk menguruskan permohonan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Projek RIBJ di bawah naungan YSIJ, telah dilancarkan pada 22 Mac 2017 lalu bagi menzahirkan hasrat dan aspirasi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam memastikan setiap lapisan rakyat Johor memiliki rumah impian sendiri di kawasan yang sempurna dan selesa pada harga yang mampu untuk dimiliki.

Advertisement

Ia melibatkan pembinaan 808 unit kediaman iaitu 320 unit dibina di Bandar Baru Majidee dan 488 unit dibangunkan di Bandar Dato’ Onn dengan harga antara RM85,000 hingga RM150,000 seunit.

Kedua-dua projek dijangka siap pada Januari 2020 bagi Bandar Baru Majidee dan Ogos 2020 bagi Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top