BM | EN | 中文

Permohonan masuk Malaysia dari Singapura perlu dibuat dua hari lebih awal

UKK-BSI-tambak-johor-6-Apr.jpg

Petugas Imigresen di CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor pada 6 April 2020 (Gambar Ehsan UKK-BSI / KYAIZEE MOHD)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 APR: Permohonan permit masuk ke Malaysia melibatkan warga negara ini dari Singapura perlu dibuat sekurang-kurangnya dua hari lebih awal.

“Bagi memohon permit kemasukan tersebut, mereka perlu menyatakan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh berlepas dan fotokopi pas pekerja, pas jangka panjang, pas penduduk tetap dan pas pelajar.

“Kesemua dokumen tersebut perlu diemailkan kepada stmsg@mhc.org.sg selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh memasuki negara ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura telah menetapkan syarat bahawa semua rakyat Malaysia di Singapura yang berhajat untuk pulang negara ini perlu mendapatkan Permit Kemasukan (Entry Permit) berkuatkuasa 27 April ini.

Kata Vidyananthan, Permit Kemasukan itu akan dihantar melalui e-mel kepada pemohon dan mereka perlu menunjukkan dokumen tersebut kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia di pintu masuk darat di Johor Bahru.

Tambahnya kerajaan Johor akan terus memastikan prosedur kemasukan warganegara Malaysia yang pulang dari Singapura dipantau melalui proses saringan yang ketat oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen (JIM) Johor.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Johor pada 25 April adalah kekal pada kadar 97 peratus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top